Friday, June 20, 2008

JOGGING

8 Tips penting untuk berjogging:

  • Memanaskan badan terlebih dahulu. Longgarkan segala anggota badan untuk menggelakkan dari berlakunya sebarang kecederaan semasa berjogging
  • Sentiasa memeriksa kadar denyutan nadi anda untuk melihat tahap kelajuan pergerkan jogging anda dan ini akan mengingatkan anda supaya tidak berlari.
  • Jangan berlari jika anda adalah orang yang rendah kerana ia mungkin akan menyebabkan anda mudah tercedera. Pastikan anda hanya berjogging.
  • Pastikan anda memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk berjogging.
  • Sentiasa memberi galakan kepada anda anda untuk melatih mereka untuk menyukai aktiviti yang sihat ini.
  • Awas kepada ancaman seperti kehadiran anjing liar semasa berjogging.
  • Pastikan anda berada pada tahap yang anda telah tetapkan untuk diri anda. Jika anda mengah atau tercunggap maka anda terlalu lalu. Maka pastikan anda tidak terlalu laju atau perlahan untuk mendapatkan jogging yang berkesan.
  • Setelah selesai berjogging, periksa kadar nadi anda untuk memastikan ia aktif dan anda berada dalam keadaan sihat.

10 Kesilapan yang sering dilakukan semasa berjogging

1) Kasut yang tidak sesuai

Kesilapan: Memakai kasut yang lama atau kasut yang tidak sesuai untuk berjogging.

Penyelesaian: Mendapatkan nasihat daripada jurujual kasut di kedai kasut sukan dan pastikan anda mengenal pasti jenis kaki anda untuk mendapatkan kasut yang sesuai.

2) Terlalu banyak dan terlalu cepat

Kesilapan: Terlalu ghairah untuk bersenam sehingga terlalu menekan diri untuk berjogging dalam jarak yang terlalu jauh dan ia sering terjadi kepada perlari yang baru.

Penyelesaian: Menitikberatkan tentang kualiti dimana mementingkan perkembangan diri dan keupayaan diri sebelum berjogging.Jangan terlalu mendesak diri untuk melakukan sesuatu di luar kemampuan diri anda. Beri perhatian jika anda mengalami sebarang kesakitan semasa aktiviti dan beri sekurang-kurangnya satu hari cuti untuk diri anda untuk bersenam bagi menggelakkan sebarang kecederaan.

3) Salah teknik

Kesilapan: Membuat teknik yang salah seperti berlari dengan menjarakkan kaki terlalu jauh dan macam-macam lagi.

Penyelesaian: Pastikan anda berlari dalam keadaan selesa dimana jarak kaki semasa berlari adalah sederhana dan tidak terlalu jauh atau terlalu dekat.

4) Hilang Kawalan terutamanya di kawasan bukit

Kesilapan: berlari terlalu cepat dan menjarakkan kaki ia membuat diri anda dalam keadaan tidak stabil.

Penyelesaian: Berlari dalam keadaan kaki yang jaraknya pendek dan turun sedikit demi sedikit dan berlari dalam keadaan cepat.

5) Pergerakan bahagian atas badan yang salah

Kesilapan: Mendakap tangan atau meletakkan tangan di dada atau menghayun tangan secara berlebih-lebih.

Penyelesaian: Meletakkan tangan dalam paras 90 darjah.

6) Kurang minum air

Kesilapan: Kebanyakan tidak meminum air yang cukup semasa berlari.

Penyelesaian: Pastikan anda minum air sejam sebelum berlari, setiap 20 minit semasa berlari dan selepas berlari.

7) Terlebih latihan

Kesilapan: Terlebih latihan akan menyebabkan kecederaan.

Penyelesaian: Buat jadual dan tingkatkan jarak secara berperingkat-peringkat dan beri rehat yang cukup pada badan anda.

8) Tidak makan dengan betul

Kesilapan: Pemakanan yang tidak betul akan memberi kesan kepada

Penyelesaian: Makan makanan yang ringan sebelum 2 jam sebelum berlari, pastikan anda bukan dalam diet dan jika anda berlari lebih dari 90 minit maka gantikan kalori anda dengan makan sedikit.

9) Pakaian yang salah

Kesilapan: Terlalu berlebih-lebih dan juga pakaian yang terlalu kurang dan tidak sesuai untuk cuaca.

Penyelesaian: Pemilihan fabrik yang sesuai menyumbang kepada keselesaan semasa berjogging. Pastikan pakaian anda sesuai mengikut cuaca untuk mengelakkan anda dari sebarang penyakit.

10) Terlalu laju

Kesilapan: Untuk berlari dalam jarak yang jauh, kesilapan yang sering dilakukan ialah berlari terlalu laju pada awalnya dan kurang tenaga di akhir larian.

Penyelesaian: pastikan anda berada dalam keadaan perlahan di awal larian dan berada dalam keadaan selesa semasa berlari.

YOGA

Teknik senaman dari India boleh diamalkan ketika Ramadan, perbaiki kesihatan tubuh. Terapi yoga adalah sejenis senaman bersifat terapeutik (untuk tujuan rawatan) dan sesuai diamalkan pelbagai peringkat umur termasuk kanak-kanak dan warga emas. Keistimewaan terapi yoga dicipta khusus untuk mereka yang mengalami kecederaan akibat bersukan atau masalah kesihatan seperti tekanan, darah tinggi, sakit tengkuk dan belakang, asma, gastrik dan sembelit.

Kelebihan Yoga

Yoga adalah salah satu jenis senaman yang sering dilakukan di dalam bilik atau dikenali sebagai “indoor sports”. Ia dilakukan dengan bantuan dari pakar kerana setiap pergerakannya memerlukan seliaan untuk menggelakkan dari berlaku sebarang kecederaan.

  • Kelebihan dari segi fisikal

1) Anggota badan menjadi lebih fleksibel bergerak dan meregang dengan lebih baik.

2) Anggota badan seperti kaki dan tangan menjadi lebih kuat untuk menampung berat badan.

3) Menggelakkan dari mengalami sakit belakang.

4) Membina badan dan otot-otot badan yang tegap dan sihat.

5) Pengawalan penafasan yang baik.

6) Meningkat sistem imun badan

7) Memperbaiki kesihatan dalaman wanita seperti perjalanan haid yang tidak

Normal dan senggugut.

  • Kelebihan dari segi mental

1) Minda yang tenang.

2) Pengurangan Stress.

3) Kesedaran tubuh badan.

Contoh pergerakan senaman Yoga


Tips Yoga:

  • Jangan lakukan senaman yoga ketika perut kenyang atau selepas makan.
  • Amalkan teknik yoga untuk 20 hingga 30 minit setiap sesi sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

TAI CHI

Tai Chi adalah sejenis senaman yang sering di amalkan oleh golongan warga emas masyarakat Cina di negara ini. Ia adalah seni pergerakan secara perlahan yang melibatkan regangan dan pergerakan fisikal.Ia dilakukan secara teratur dan perlahan dan pergerakan secara berterusan tanpa henti diantara beberapa pergerakan yang dilakukan. Semua golongan boleh mengamalkan senaman ini dan ia amat sesuai bagi golongan tua kerana ia lebih menitik beratkan teknik senaman daripada kekuatan sesuatu aktiviti itu.

Di antara kelebihan-kelebihan senaman ini ialah:

  • Pengurangan Stress.
  • Menambahkan fleksibel anggota badan.
  • Menambahkan tenaga dan stamina.
  • Menambahkan kesihatan tubuh badan.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan kekuatan otot.
  • Menggalakkan penggunaan anggota seharian
  • Merendahkan tekanan darah
  • Menggalakkan kualiti tidur yang baik dimana mendapat tidur malam yang lebih lama dan cergas aktif di waktu siang.
  • Mengurangkan kerisauan dan tekanan.
  • Menggalakkan kesihatan jantung
  • Menggalakkan keseimbangan dan koordinasi tubuh badan
  • Mengurangkan dan juga mengelakkan dari penyakit-penyakit kronik.

SENAM SENI/ SENAM AEROBIK

Aktiviti kecergasan senam aerobik amat di gemari oleh masyarakat masa kini untuk meningkatkan tahap kecergasan tidak kira tua atau muda. Ia dilakukan secara berkumpulan dan sering dijadikan aktiviti masyarakat dalam mengamalkan cara hidup yang sihat.